Friday, September 5, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 5 - 3 PERKARA YANG ANDA INGIN KATAKAN KEPADA BEKAS KEKASIH

bila menyentuh soal kekasih ni, jujur aku cakap, sakitnya masih terasa. tiba-tiba terngiang-ngiang lagu Syahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan. syahdu la pulak nak tulis entry kali ni. wahai bekas kekasih, ketahuilah 3 perkara ni :

PERTAMA,
terima kasih kerana pernah buat saya rasa dicintai. walaupun hanya sementara. walaupun pengakhirannya tak seperti yang saya harapkan. terima kasih kerana buat saya percaya saya insan istimewa di hati awak.

KEDUA,
saya doakan awak bahagia dengan kehidupan awak sekarang ni. awak berhak untuk hidup bahagia.

KETIGA,
selepas awak pergi, banyak yang saya belajar tentang kehidupan. terutamanya tentang takdir, sabar, dan erti cinta sejati. rupa-rupanya Allah nak alihkan perhatian saya kepadaNYA setelah saya terlalu lena dalam mimpi-mimpi bersama awak. saya terjaga. saya dah bangun dari sebuah mimpi yang sementara. walaupun pada mulanya saya marah, kecewa, benci sebab saya terpaksa bangkit lupakan mimpi kita, sekurang-kurangnya saya kini hidup atas kehidupan yang lebih nyata. walaupun kehidupan sebenar ni tak seindah mimpi bersama awak, barangkali itu lebih baik untuk saya. ya, lebih baik. kerana jika saya tak bangun lebih awal, siapa tahu kalau mimpi buruk yang bakal tiba? atau lebih teruk kalau saya tak sedar-sedar sampai akhir hayat. sia-sia hidup kalau sekadar hanya mahu bermimpi bukan?

saya rasa bertuah selepas awak tinggalkan saya, kerana tanpa pemergian awak, saya takkan pernah rasa begini dekat dengan Tuhan.

25 comments:

  1. It was so deep in the last part tu kan sayang? :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's the only option left to make my heart feel better =) at least, i found my own happiness.

      Delete
  2. Moga berjumpa dengan yang lebih baik dari sebelumnya. Insyaallah

    Salam Perkenalan dari mamamyja.
    Jemput singgah, komen dan follow

    CABARAN HARI KE-5

    ReplyDelete
  3. Cam sedih je aku baca entry .............
    aku yang sedih plak.... :))

    ReplyDelete
  4. sedih pulak mama baca..

    salam kenal dari mamaniza.com

    ReplyDelete
  5. selalu yakin bahawa Allah selalu ada.. setiap ujian yang diberi pasti dilampirkan bersama jalan keluarnya.. bagaimana nk cari jalan keluarnya?? melalui doa..sabar.. dan usaha.. Doa adalah senjata orang mukmin.. jadi doalah penguat utama dalam meneruskan jalan cerita hidup yang kita tak mampu nak bayangkan.

    ReplyDelete
  6. Setiap yg berlaku, ada hikmahnya kan.

    Allah swt sentiasa bersama dengan orang yang sabar

    ReplyDelete
  7. Hi dear...jgn sadis2..kegembiraan pasti hadir one day ;)

    http://pinky-lynn.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. fuh..., ni namanya sandiwara cinta.. =)

    ReplyDelete
  9. perjalanan ni Allah dah tentukan sejak azali... cinta dia hanya sementara Allah beri...

    ReplyDelete
  10. yang pergi tetap pergi dan kita teruskan perjalanan mencari redhaNya.. insyaAllah ;)

    ReplyDelete
  11. i can feel u dear... nasib baik awak dah move on... :) tak macam sha masih berdendam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trust me, the best revenge is to find your own happiness. tak dinafikan, memang susah nak move on, lagi2 sesuatu perkara tu berlaku bertentangan dengan kehendak kita. tapi satu je sy pegang, Allah lebih mengetahui. ada banyak perkara yang kita tak tahu, sama ada yang dah lepas, masa sekarang mahupun masa depan. belajar untuk terima takdir.

      Delete
  12. eeemmm..dih nyaaaa...sayuu jerr..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillahhh setiap sesuatu ada hikmahnya ....

    ReplyDelete
  14. sedihnya.. tapi setiap yang berlaku ada rahsia disebaliknya.. kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita... In Shaa Allah...

    ReplyDelete
  15. the best revenge is to find your own happiness <--- soooo true !

    ReplyDelete
  16. Semoga hari2 mendatang akan terus memberi kebahagiaan buat Farahin.. In Shaa Allah.. Amin.. Jalan2 ke rumah geng2 Cabaran 30 Hari.. Terus follow! Salam kenal! ^_~
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete
  17. kita baca entri ni sedih pula..wawa baru hari ke3, tengah nak kejar hari ke 6..

    btw, awak kena tag :)
    http://wawaabdulhadi.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award-7-things.html

    ReplyDelete