Friday, September 12, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !

hari kedua join SEGMEN BEN ASHAARI. kalau korang pun berminat nak join benda-benda awesome macam ni, boleh la cuba-cuba pergi mengintip kejap dekat blog penganjur. just CLICK HERE !


check list no 1 dan 2 dah settle. ok, move on to check list no 3!

3. Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

dalam dunia blogger ni, ada macam2 orang kita boleh kenal. ada yang jadi blogger sebab nak famous, sebab nak berniaga dan ada yang sekadar nak kongsi pengalaman dan pendapat. peranan aku sebagai blogger yang baru-baru nak serius belajar ni ialah menjadi blogger yang jujur, amanah dan berani. jujur dalam menyampaikan sesuatu yang benar. amanah dalam menyebarkan sesuatu yang benar. dan berani menyatakan pendirian yang benar. terpulang kepada individu, masyarakat dan negara sekalipun untuk menilai blogger jenis ape aku ni. sebab setiap orang harus diberi kebebasan untuk berfikir. kalau nak berfikir pun orang lain nak kawal, apa guna masing2 ada otak kan?

isu yang ingin ditekankan masa kini ialah sesuatu yang berkait rapat dengan aku seperti isu perundangan negara, sistem pentadbiran dan permainan politik politikus, pendidikan untuk generasi masa kini dan masa depan, masalah ekonomi bumiputra, dan tak lupa juga isu keluarga yang melibatkan wanita sebagai mangsa. moga-moga ilmu yang aku belajar masa masuk kelas women law dulu tak la jadi basi kalau aku dapat share dengan korang semua kat sini. ha, global sangat kan? itu cita-cita aku untuk masa depan la. sekarang ni, as a warm up training, aku latih disiplinkan diri sendiri untuk berblogging ikut segmen dan challenge yang dianjurkan blogger2 yang dah jauh lebih hebat. disiplin dan komitmen tu penting!

4. Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

wow. dengar je ribuan ringgit, berhenti menaip untuk fikir sejenak. disebabkan aku masih belajar dan belum lagi merasa duit sendiri beribu riban tiap2 bulan, harus la aku teruja bila cakap pasal duit-duit ni. but then, untuk complete my study je it takes almost 7 years to be a legal practitioner. jadi jawapan aku buat masa sekarang, aku tak mungkin tinggalkan cita-cita aku dan segala penat lelah aku dok menghafal beribu riban cases and sections siang malam just because of money. tak semua perkara boleh dipuaskan dengan duit. tapi tak tau la kan 10-20 tahun akan datang perception aku berubah pulak. 

Back up plan business? 
aku memang teringin nak business sendiri daripada makan gaji tiap-tiap bulan. cumanya sekarang ni aku masih mencari-cari business yang sesuai dengan jiwa aku, business yang aku buat dengan rela hati dan suka ria. jujur, aku tak pernah lagi business apa-apa dalam hidup aku sebab kebanyakan kawan aku yang business kecil2 ni hanya berjaya sekerat jalan. jadi aku agak pessimist sikit dalam bab2 berniaga yang tak tentu untung ruginya. mungkin bila aku ada modal besar, aku nak business sewa beli hartanah, buka agent pelancongan atau buka resort sendiri. nak kumpul modal besar macam tu, kena kerja keras dan menang kes banyak2 dulu! hehehe

5. Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

harapan aku semoga dunia blog terutamanya local blog malaysia ni boleh jadi satu medan perkongsian ilmu untuk sama-sama kita majukan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara. bukan dunia blog yang penuh dengan gossip yang mengaibkan, hasad dengki untuk menjatuhkan orang lain dan bermain politik kotor. cukup2 la dunia luar sana dah terlalu penuh dengan perkara2 macam ni. lets keep our blog clean!

7 comments:

  1. Salam kenal.. bella dari blog http://isabellidura.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Farahin..
    Datang melawat dari segmen sama.. Hehe..
    Jom sama2 kita naikkan nama blogger..! ^_^
    SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, huda singgah sini.
    http://nurfarahudahud.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  4. Ros singgah sini dari segmen yang sama :)
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan...
    Wow..back up plan awk mmg bisnes yg hebat2..
    Smg tercapai apa yg diimpikan..
    Gud luck.
    Jemput ke blog sy.. :)

    ReplyDelete
  6. Datang dari segmen yang sama, mari kita jadi blogger yang baik, menyampaikan yang bermanfaat untuk pembaca. Follower 36

    ReplyDelete