Thursday, September 4, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 4 - Buku Kegemaran Saya

sekejap je..dah masuk cabaran hari ke 4. rasanya so far, cabaran untuk hari ni paling mudah dan fun sekali sebab aku memang suka baca buku and aku tak perlu fikir dalam2 pasal diri aku macam cabaran yang sebelum ni.

kegilaan terkini : koleksi novel FIXI and Lejen Press.

dalam banyak2 novel FIXI yang aku dah baca, novel DOSA, KELABU, and KACAU yang paling awesome, yang paling aku layan, yang paling akan aku baca berulang-ulang kali sampai hafal dialog dalam tu.

antara koleksi kesayangan. more to come!
pada aku, kekuatan sebuah novel tu harus la terletak pada cara penulis menghidupkan watak dalam cerita. hebat macam mana pun plot novel tu, kalau watak dalam plot cerita tu tak mampu hidup dalam imaginasi pembaca, aku boleh katakan penulis tu gagal. macam orang yang tengok drama tv. walaupun plot cerita dia bombastik gila, ada letup sana letup sini, budget untuk buat drama tu pun sangat mahal, tapi kalau pelakon dalam cerita tu kaku sampaikan orang lagi seronok perhati pelakon tu daripada apa yang dia sedang lakonkan, pada aku pengarah tu gagal membuatkan penonton menghayati drama tv tu secara keseluruhannya. itu pada pendapat peribadi aku la kan. hehe. dan aku percaya bukan mudah nak menulis sebuah novel yang betul-betul berkualiti.

frankly speaking, aku memang memilih sikit bila nak beli novel-novel dari local publisher, terutamanya yang bergenre cinta. kalau musim cerita kahwin paksa, semua penulis nak tulis novel kahwin paksa. kalau musim kisah rogol dulu baru bercinta, well, perhati je la dekat drama tv pukul 7 petang tu. sebab tu aku pilih publisher FIXI. mereka ada kelainan tersendiri and very out of box. ada identiti tersendiri dan tak terikut-ikut dengan trending yang cliche'.


koleksi zaman kanak-kanak and zaman nak 'tahu' macam2. haha!

selain buku-buku dari local publisher, aku layan la juga beberapa buku omputeh. pemikiran harus terbuka. imaginasi harus luas. vocab pun kena luas juga ye. honestly, masa mula-mula baca buku omputeh dulu, kerap juga la aku kena selak kamus sebab nak faham apa yang omputeh ni dok cerita. ha, punyalah tekun kan? ye la, aku bukan lahir2 je terus hidup dalam suasana orang dok speaking London 24jam keliling aku. tapi sebab aku rajin selak kamus la sampai sekarang aku confident je kalau setakat nak berbasa-basi cakap omputeh dengan orang yang lidahnya macam kena sampuk omputeh. and ia sangat membantu aku dalam pelajaran sampai aku mampu jadi diri aku yang sekarang ni.

moralnya adik-adik2, kalau nak pandai dalam apa jua bahasa dan jadi orang yang berfikiran luas, baca buku dan fahamkan. digest. macam tu juga konsepnya bila baca Al-Quran. harus faham maknanya. baru la kita akan belajar sesuatu. bukan hanya indah berlagu dari lidah, gema kosong saja yang melantun di hati. fikir-fikirkan tu.

No comments:

Post a Comment