tak pernah terfikir pun macam mana caranya memenangi hati seorang farahin. well, honestly aku ni mudah terharu. so orang buat apa-apa yang menyentuh hati aku pun dah boleh menang hati aku. terlalu subjektif untuk aku senaraikan cara-cara untuk memenangi hati sendiri. adoi. tapi aku cuba la ye kasi hint sikit. hihi.
CARA #1 : Respect
aku rasa semua orang nak rasa dirinya dihormati. at least respect me as a human being. basic human right kan tu? kalau nak respect aku lebih sebagai manusia yang wujud, itu satu bonus. and kalau respect aku, kena package respect parents, family and kawan2 aku juga ok. itu baru betul2 respect.
CARA #2 : Caring
aku sangat sayang orang yang pernah ambil berat tentang aku. bila aku sakit, ada orang tanya aku ok ke tak, tunjuk yang dia prihatin. bila aku buat sesuatu yang tak baik, ada orang nasihatkan aku. bila aku sedih, ada yang sudi mendengar. ada 1001 cara untuk tunjuk yang kita caring ke tak dekat orang yang kita sayang. siapa yang tak suka bila ada orang ambil berat tentang diri dia kan?
CARA #3 : Gentleman
istilah gentleman pada aku bukan la sampai tahap nak manjakan perempuan lebih2 sampai kena tolong sapukan sunscreen or pakaikan kasut macam cinderella. gentleman yang boleh memenangi hati aku ialah perbuatan yang menunjukkan rasa hormat dan kagum yang tinggi pada seorang wanita. contoh paling mudah ialah tolong angkatkan barang berat yang perempuan bawa, suka tolong mak masak dekat dapur, melihat wanita dengan pandangan hormat, bukan pandangan nafsu.
CARA #4 : Senyum Je
senyum ni boleh jadi penyakit berjangkit. bila kita nampak orang senyum, mesti terasa macam nak senyum juga. tapi senyum yang ikhlas la ye. bukan senyum menggatal. haha. senyum juga penawar hati. tanda-tanda orang yang hatinya tenang dan jiwanya besar ialah dia mampu senyum dalam keadaan tak siapa pun mengerti apa yang dia sedang rasa masa tu. cuba bayangkan kakak kaunter pejabat pos yang muka macam baru lepas kena cerai masam mencuka, tak senyum langsung! orang yang tengok dia pun boleh jadi stress. so, senyum, tak perlu marah-marah.
CARA #5 : Bagi Hadiah
sapa tak suka dapat hadiah kan? tak perlu hadiah mahal2. bagi sesuatu yang sentimental. hadiah sebagai tanda ingatan dan kasih sayang. bukan hadiah untuk tayang dekat orang lain yang awak mampu beri sesuatu yang orang lain tak mampu miliki. hadiah yang mahal belum tentu berharga, belum tentu boleh beli hati saya.
cukup dah lima cara untuk memenangi sekeping hati seorang farahin.
terima kasih kerana membaca. may Allah bless you always =)
No comments:
Post a Comment