Sunday, September 14, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 14 - CERITA KASUT SAYA

aku pernah beli sepasang kasut merah macam ni. aku memang peminat kasut tapi tak semua kasut yang aku beli aku mampu pakai. kalau nak pakai high heels untuk 10 minit tu ok la. kalau lebih dari tu, aku rasa itu seksa diri demi kecantikan namanya!

kasut merah yang aku beli tu pada mulanya aku niatkan nak pakai untuk first date dengan sesiapa je yang ajak aku date lepas aku break up. aku pun tak tahu kenapa aku boleh fikir macam tu. maybe sebab lama sangat tak keluar date dengan sesiapa, so aku rasa nak nampak letoppp habis la lepas ni. tiap-tiap hari aku dok belek kasut tu macam suatu benda ajaib yang akan menjadi saksi kisah percintaan duniawi aku yang seterusnya.

but then, suatu hari aku rasa gerammm je nak pakai kasut tu sebab macam match je dengan baju yang aku pakai masa tu. so, aku pun dengan senang hati pakai kasut bau kedai tu pergi beraya rumah kawan ayah aku. and lepas tu berjalan-jalan ke shopping mall sampai kaki aku rasa macam nak patah 10! maka, hilanglah keajaiban kasut merah tu bersama penyesalan yang tak berkesudahan kerana aku tersedar kasut tu lah punca penderitaan aku sepanjang hari tersebut !

lepas kejadian tu, aku tobat tak nak pakai kasut tinggi pergi tempat2 yang memerlukan tenaga kaki yang banyak. walaupun high heels dapat meningkatkan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi ni, tapi aku rela terus jadi umpama pokok 'rendang' daripada terus terseksa zahir batin sehingga membantutkan nafsu shopping aku! lagipun, aku perasan mood aku akan turn off habis bila kaki dah sakit sangat sebab pakai kasut tinggi. cara jalan pun akan jadi macam budak kecik baru belajar berjalan. terkedek-kedek dan rasa macam nak tersungkur je bila-bila masa.

kepada jodoh ku di luar sana yang masih tak muncul-muncul, maaf saya tak mampu berpura-pura untuk kelihatan superb awesome gorgeous hot meletopppss etc etc kerana saya bahagia dengan diri saya yang sempurna sifatnya seperti yang Allah dah anugerahkan sejak lahir. harap awak terima saya seadanya tanpa merungut dan mempersoalkan 'kenapa la isteri aku ni comel sangat?' kekekeke...

5 comments: