Wednesday, September 3, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 3 - Sesuatu yang menguatkan saya

apa itu kekuatan?

aku tak pandai nak bagi definisi tepat versi aku sendiri. tapi kekuatan adalah kata lawan bagi lemah.

bila aku terasa lemah physically, ofcourse la makanan yang akan meng'kuat'kan aku balik. refill energy gittew. amboi. boleh tahan gak loyar buruk. ini soal kekuatan yang lain la! mehmehmeh

ok la, seriously, dalam kehidupan aku yang macam sampan di lambung ombak gelora lautan ni (hiperbola sangat kan?) aku percaya sesuatu yang menguatkan aku ialah kepercayaan. kepercayaan kepada cinta Allah, kasih sayang ibu ayah dan kepercayaan kepada takdir yang terindah. semput macam mana pun hectic life aku, sakit macam mana pun hati aku kena pijak, busuk macam mana pun orang layan aku, aku percaya pada Allah tak saja2 biar aku rasa semua tu. Allah nak aku belajar, dan mendorong aku ke jalan hidup yang Dia dah tulis untuk aku dari awal hingga akhir.

walaupun suatu masa dulu kepercayaan juga yang pernah melemahkan aku, menjadikan aku manusia selemah-lemah iman, sekarang aku dah sedar, kepercayaan itu harus betul letak tempatnya dalam hati kita. setiap sesuatu, kalau kita letak di tempat yang salah, akhirnya sama ada kita akan makan diri sendiri ataupun terus tak jumpa balik benda tu. trust me.

makanya, hanya kepercayaan yang sejati yang akan sentiasa menjadi kekuatan aku.

terima kasih kerana meluangkan masa membaca bebelan saya. weeehee

No comments:

Post a Comment