Thursday, September 11, 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : IMPIANKU, SEORANG BLOGGER!

hari ni special sikit sebab dapat post dua entry dalam satu hari. wah wah wah...bila dah datang mood nak blogging tu, ada je masa nak update blog =)


so untuk segmen special oleh abang ben ashaari hari ni, korang boleh join anytime from now untill 8pm hari ni. apa tujuan dan syarat-syarat segmen kali ni? korang boleh klik je DI SINI.

Sedikit latar belakang empunya blog :
seorang yang baik hati, pemurah, pencinta alam. ehh?? confident terlebih betul blogger sorang ni. haha! auta je semua tu. aku anak polis, tinggal dekat berek polis dan pernah tanam cita-cita nak jadi polis gara-gara terpengaruh tengok cerita gerak khas masa kecik-kecik. kekeke. tapi sebab tak cukup tinggi, rabun dan terlalu comel untuk menjadi seorang polis (ok part yang comel tu aku tipu), makanya aku belajar jurusan undang-undang dan pasang impian nak duduk dekat judges bench in court dalam pakaian robe serba hitam (of course tanpa rambut palsu pelik tu!) dan ketuk2 tukul atas meja sambil tenangkan counsels yang berkobar-kobar berdebat nak menang kes. hah, drama sangat! dalam court sebenar tak drama macam tu pun. 

Kelebihan blog aku?
aku lebih suka share experience yang aku dah lalui dan dah pernah rasa pahit manisnya sendiri. so memang blog aku ni penuh dengan random stuff seperti kisah kucing, isu halal haram, politik, history, photography and love story mungkin? yang penting, bukan hasil kerja plagiarism dari mana-mana blog lain. bahasa blog aku slumber lek lek lu..tak pandai nak cute-cute manja. aku menulis sesuatu yang melambangkan diri aku dan mungkin juga sesuatu yang orang lain pernah rasa juga.

Impian sebagai seorang blogger :
aku menulis blog bukan untuk kumpul followers berpuluh ribu mahupun jadi retis or whatsoever. aku menulis sesuatu yang lahir dari hati, dan aku harap pembaca aku dapat menilai sesuatu yang aku tulis dengan hati dan akal yang bijaksana. moga-moga ada ilmu dan pengajaran yang terselit walaupun sebesar biji sawi..dapatlah jadi bekal untuk aku di alam seterusnya nanti. insyaAllah.

terima kasih sudi baca ! =)

10 comments:

  1. best best !! aku punya blog pun random !! tapi aku suka yang last tu, meaningful :)

    ReplyDelete
  2. wow nice.. anyway thanks sbb singgah blog saya dan tinggalkan komen. Wow.. blog awak pun boleh tahan dan daripada penulisan awak. saya pasti awak merupakan seorang talkative, peramah dan senang didampingi. So.. anyway saya harap awak terus maju jaya dalam dunia blogging dan Inshallah one day, awak akan jadik judge yang berkaliber. Kalau berkesempatan, jenguk-jenguklah lagi teratak saya di www.kufazuke.com ye. TQ, :)

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum... datang daripada segmen yang sama, suka dapat berkenalan dengan anda : Segmen Ben Ashaari : Impianku Seorang Blogger

    mselim3

    ReplyDelete
  4. Hai, Ros singgah sini dari segmen yang sama. done follow #34
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  5. Weeee... DayangDeno datang dan terus folo sini no37..^_^ Jom ke blog DayangDeno? :)

    www.dayangdeno.com

    ReplyDelete
  6. ayu datang dari segmen yang sama.. ada masa singgah la ke blog ayu ye... boleh nanti follow sekali blog ayu...tq..

    semoga impian awak tercapai...

    http://www.ayuinsyirah.my/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete
  7. Salam perkenalan dari www.hasrulhassan.com

    Semoga mendapat manfaat dengan dunia blog Malaysia.

    ReplyDelete
  8. singgah sini

    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-impian-ku-seorang.html

    ReplyDelete