Monday, September 1, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 1 - 1 Gambar Terbaru Anda & 5 Fakta Tentang Diri Saya

assalamualaikum semua!


baru nak bertatih semula blogging macam zaman lepas SPM, tiba-tiba ternampak #Cabaran 30 hari dekat group kelab blogger. boleh la cuba-cuba uji tahap komitmen nak update blog tiap-tiap hari sepanjang September ni. lagi-lagi dah nak start final year next week. kita tengok la sampai tahap mana boleh bertahan ye. september gonna be a challenging month this time!

sebagai seorang yang memang gemar berfikir dan berhujah menggunakan fakta, jujurnya bukan mudah nak mem'fakta'kan diri sendiri. definisi  fakta tu sendiri menurut kamus Oxford, ialah sesuatu yang diketahui atau boleh dibuktikan kesahihannya. so bila bercakap tentang fakta diri sendiri bermakna bercakap tentang sesuatu yang kita sendiri tahu tentang diri kita dan kita sendiri boleh buktikan sesuatu yang kita faktakan tu.

ok lah. cukup untuk bahagian definisi. mari mulakan agenda mem'FAKTA' diri sendiri. hihi

FAKTA #1 : Bookaholic
sentiasa rasa cool bila beli buku, pinjam buku, pegang buku and baca buku. tapi aku bukan ulat buku sangat pun. haha. sekarang ni tengah buat koleksi novel2 fixi, lejen press dan yang seangkatan dengannya. novel2 jiwang ayat bunga2 aku bukan tak layan, cuma aku rasa maybe sebab aku single, so dah tak feel sangat la baca kisah2 romantik ni. sekarang ni more to adventure and experimental story, psychology, history, philosophy, politic, global issue and buku2 ilmiah agama yang boleh meluaskan ilmu di dada. ecewah.

FAKTA #2 : Sentimental
suka tulis surat untuk diri sendiri, keluarga dan kawan2. tapi semuanya untuk diri sendiri baca. kalau pendek umur, mungkin kalau ada yang rindu aku, boleh baca nanti. lagu, nota, gambar. semuanya ada nilai sentimental tersendiri dalam kenangannya yang tersendiri. hidup kalau tak bersandarkan pada kenangan, apa lagi keindahan yang tinggal kan? esok lusa belum tentu lagi milik kita. ha, dah mula da ayat sentimental tak tentu arah aku. haha.

FAKTA #3 : Homesick Sentiasa
kat mana pun aku berada, sentiasa homesick walaupun dah memang ada dekat rumah. well, definisi 'home' tu mungkin tak sama bagi tiap2 orang kan? ada yang rasa rumah parents diorang is their home. ada yang anggap rumah atok nenek dekat kampung tu is their real home. pada aku, 'home' is the place where you feel loved. kalau kau rasa terasing duduk dekat sesuatu tempat, itu bukan 'home' namanya, walaupun rumah tu penuh dengan manusia yang kau kenal bertahun-tahun lamanya.

FAKTA #4 : Pencinta Kucing
sebenarnya ada satu je pun kucing yang betul2 aku cinta. cuma kalau jumpa kucing lain yg terbiar tak bertuan, aku cepat kesian. jangan nak hairan sangat kalau nampak aku bercakap dengan kucing dekat tepi jalan. kucing faham manusia, walaupun bukan dari segi bahasa lisan, tapi mereka faham bahasa tubuh dan emosi kita kalau kita terbuka untuk terima dia. manusia ni je yang tak faham bahasa kucing. sesama manusia pun kadang-kadang tak faham-faham jugak. kan?

FAKTA #5 : Hodophobia (fear of driving)
dulu aku mesti peluh sejuk sambil dada berdebar-debar macam orang pertama kali jumpa kekasih setiap kali memandu kereta. lulus ujian JPJ tanpa gagal tapi still kaku tiap kali nak drive, lagi-lagi kalau ada orang perhati. tapi lepas dah nak dekat 2 tahun drive ulang alik shah alam-KL, aku rasa fobia tu dah hilang. but still, aku tetap cuak tiap kali kena berhenti dekat bukit. jangan harap aku nak beli kereta manual bila dah kerja nanti. no no no!

ha, cukup la lima fakta. seriously susah kot nak betul2 mem'fakta'kan seorang farahin. selebihnya biarlah para pembaca yang bijaksana nilai sendiri. fakta atau auta, itu kita sambung lain entry.

terima kasih kerana membaca. xoxo.

7 comments:

  1. Replies
    1. tak tahu la..dalam banyak2 fobia, yang itu pulak yang terkena. orang lain fobia lipas, tempat tinggi, etc, sy tak ada pulak fobia tang tu...mungkin sebab tak biasa lagi masa tu..alhamdulillah hanya fobia yang sementara. sekarang ni boleh la kalau setakat nak bawak mak pergi pasar...tu pun bising org yang duduk sebelah jadi unofficial pegawai JPJ. haha

      Delete
  2. Bookaholic!! Me too
    Salam kenal dik,selamat berblog ye,selamat bercabaran juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay...sama ler hobi kite. selamat berkenalan juga.thx sudi singgah ye =)

      Delete
  3. Cantiknya! hehe. Homesick tu mmg tak dapat dipisahkan dengan awak lah sayang! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you my dear...homesick sebab dekat rumah ada kucing comel yang sentiasa buat org rasa nak gomol2 dia siang malam. hehe

      Delete
  4. Jangan takut drive sebab bila pandai drive, senang nak ke mana2 tanpa perlukan bantuan orglain..hehehe..jemput singgah blog akak ye..

    ReplyDelete