Wednesday, September 10, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 10 - Apa di dalam handbag saya?

gelak sorang-sorang bila nak tulis entry ni. long story short, aku ni jenis yang bawak semua barang yang aku rasa aku akan perlukan 'kalau' emergency all the time! but then, emergency tu jarang sekali berlaku. haha. buat sakit bahu je bawak macam2 dalam handbag ke hulu ke hilir.

kalau nak buat list, mahu 30 lebih barang. but then aku buat top 10 list benda-benda yang takkan pernah aku tak bawa ke mana-mana.

1. purse. harus la bawa IC, lesen, dan paling penting duit. juga tak ketinggalan segala membership card untuk dapat special discount bila shopping nanti. haha

2. kunci. segala jenis kunci yang aku perlukan untuk buka macam2 pintu, termasuklah pintu kereta. kekeke

3. handphone. aku bukan la jenis yg hadap phone 24 jam tapi handphone tu penting untuk emergency call and ambil gambar sikit2. again, emergency call. bukan untuk sembang manja2 dengan sesiapa pun...booo

4. tisu. selalu je makan sampai comot sana-sini. kalau tak ada tisu ni, habis la lengan baju jadi tempat lap comot. haaaaaa...kat mana lagi nak sapu mulut penuh ais krim ni kan?

5. hand sanitizer. kadang-kadang datang penyakit penggeli, rasa nak pakai glove pun ada. mujur ada hand sanitizer ni ha. tak adalah rasa macam bakteria beranak-pinak dekat tapak tangan ni.

6. wet tissue. untuk buang make up masa nak ambil wuduk. 

7. pen dan buku nota kecik. senang nak catit pape yang rasa penting. conventional sangat kan? orang guna handphone je sekarang ni. tapi still, pen dan buku nota kecik, in case emergency nak tulis pape. hehehe

8. compact powder and lipstick. aku bukan jenis yang suka touch up bila dah siap2 make up dari rumah. but then kalau lepas solat dekat surau atau mana-mana tempat lain, kena la re-make up. haha. kalau tak, tak confident pulak nak tengok muka sendiri.

9. botol air. stress kot kalau tekak kering tapi tak ada air nak minum. so, kena standby mineral water botol kecik.

10. hand cream. yang ni memang mengade sikit sebab jarang2 aku pakai hand cream pun. cuma kadang2 datang mood nak wangi2 and tiba2 rasa cerewet pasal jejari yang kecut2 akibat kekeringan, mula la jadi terlebih rajin sapu2 hand cream bau strawberry. kalau pakai dalam class, boleh offer dekat orang sebelah. nak hand cream?

ada banyak lagi benda sebenarnya. aku rasa, kalau la aku kena kidnap atau kena campak dekat sebuah pulau, boleh la survive untuk sehari dua sebab handbag aku ni memang dah macam beg travel kot. ada biskut, minyak angin and panadol, sabun mandi, torch light kecik, and macam2 lagi benda yang aku segan nak sebut. haha. 

no wonder la beg aku berat macam batu. =.="

2 comments:

  1. Hahaa sama laa kita, botol air mmg wajib ada dalam beg..

    Jemput singgah follow sini plak ye http://aienlieyrusli.blogspot.com/

    ReplyDelete