Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 7 - Sejauh mana pendidikan itu penting pada saya

baru-baru ni adik-adik lepasan SPM dah dapat keputusan kemasukan universiti yang mereka apply few month after exam ends. tahniah pada yang berjaya dapat peluang melanjutkan pelajaran. yang masih menunggu keputusan rayuan, sabar. doa. Allah dah rancang sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita sangkakan.

bercakap tentang pendidikan, wahai adik-adik ku sekalian, jangan sempitkan skop pemikiran tu hanya kepada universiti. formal education. tak dinafikan universiti tu adalah sebuah platform yang sangat bagus untuk kita teruskan pencarian ilmu, tapi jangan buntu jika tak dapat belajar di universiti. ilmu ada di mana-mana.

think about your first school. ramai yang akan terbayangkan tadika atau sekolah pertama mereka. tapi tak ramai yang sedar sekolah pertama yang memberikan pendidikan yang paling asas untuk kita terus hidup normal sampai hari ni ialah rumah tempat kita dibesarkan. ibu, ayah atau penjaga kita ialah guru pertama yang mendidik kita. kalau pendidikan asas tu tak teguh, pendidikan peringkat seterusnya akan jadi lebih sukar. umpama membina sebuah bangunan pencakar langit di atas asas yang tak kukuh. bila ada gempa bumi sikit, mudah goyang, atau lebih teruk, runtuh menyembah bumi.

oleh itu, apa pun watak yang kita pegang, sama ada sebagai seorang pelajar, anak, ibu bapa, sahabat, jiran, surirumah mahupun penganggur, sedarlah, kita semua pernah dididik dan tetap akan menjadi pendidik suatu hari nanti. seumur hidup kita, kita pasti akan mengajarkan orang lain sesuatu. bawa watak itu dengan ilmu. agar kita tak jadi manusia yang sia-sia hidupnya. cari ilmu dimana pun kita berada. yang penting, tanamkan dalam hati sifat ingin belajar dan terus belajar, bukan mengharapkan orang lain untuk paksa kita belajar.

masa kita kecik, kita perlukan pendidikan untuk belajar perkara asas macam cara berjalan, bercakap, makan, dan lain-lain keperluan kendiri.

bila dah masuk sekolah, kita dapat pendidikan formal. belajar membaca, mengira, menganalisis dan banyak lagi.

dah tamat sekolah? pendidikan kehidupan sebenar bermula. pendidikan yang kali ini akan menentukan di mana kita 10,20,30 tahun akan datang. trust me. maka, jangan riak bila SPM dapat straight As. sebab kau mungkin dah berjaya dalam pelajaran tapi belum lagi berjaya dalam kehidupan. trust me, the challenge is much more tougher.

baru-baru ni kecoh pasal pelajar baru UiTM yang biadap sebab kutuk UiTM. dia bukan pelajar biasa-biasa. kalau tak takkan dia qualified as medic student kan? dia cemerlang dalam akademik, tapi tak cemerlang dalam banyak hal lain. aku pernah baca satu buku motivasi HM Tuah, beliau ada tulis lebih kurang maksudnya "jangan pandai hanya satu hal tapi bodoh semua hal lain. biar sederhana semua bidang."

ada banyak cara untuk jadi orang yang berpendidikan. tak semua orang bernasib baik untuk dapat ilmu terus dari universiti. tapi percayalah, universiti kehidupan ada dimana-mana. setiap hari Allah ada caraNYA tersendiri untuk didik hamba-hambanya. cuma kita ni nak belajar atau tak je.

semoga esok jadi lebih baik dari hari ini dan semalam. =)




2 comments:

  1. hai. salam perkenalan. from kelab blogger ben ashaari. done follow #14

    ReplyDelete
  2. spm tu permulaan yg baru untuk tahap seterusnya..
    btul tu..sha sokong

    follow here

    ReplyDelete