semua orang yang hidup dalam level ekonomi yang sama macam aku mesti pernah rasa pasang angan2 'kalau aku kaya'. well, hidup aku tak la susah sampai tahap kais pagi makan pagi..my life is so moderate. almost everything is moderate. my IQ ability, my happiness, my family, my economy, my health. it's moderate. im not so clever until i study so hard to get the moderate grade. yeah..not excellent one. but at least i've put my hard work on it. what about happiness? i think that phase of happiness is already in my life. its just whether i want to be grateful or complain about it all the time. moreover, definition of happiness evolve as your grow older. you may be damn happy doing something when you are kids but things get boring when you become adult. owh..whatever.
kalau aku kaya
perkara pertama aku nak buat ialah belanja diri sendiri and parents untuk pergi tanah suci. getting close to Allah sebelum kekayaan take over me. money can change you. mohon Allah beri perlindungan.
kemudian, maybe aku nak tunaikan hasrat ayah aku.
nak buat rumah impian dia...
dia pernah cerita dekat aku, pada suatu hari, masa tu dia baru lepas buka puasa, puasa 6.
dia cerita tentang aset, tentang rumah. tentang nilai sebuah rumah.
dia berangan nak buat rumah..yang ada tempat parking tak payah nak reverse2 kereta.
ala...macam rumah yang ada laluan kereta keluar masuk tu..and ada kolam air pancut dekat tengah2 laluan tu.
seronok dengar impian ayah aku tu. dalam diam aku pun simpan impian juga.
impian nak bina rumah impian ibu dan ayah.
one more thing, ayah aku suka motor berkuasa tinggi.
aku nak belikan dia motor yang paling power. yang paling dia puas hati tanpa risaukan berapa budget untuk motor tu.
untuk ibu pulak,
aku nak bawa ibu pergi bercuti ke new zealand. ibu suka tengok bunga-bunga segar. aku nak bawak ibu jalan2 tempat yang dia teringin nak pergi.
aku nak belikan kerusi urut paling awesome untuk ibu. so dia boleh rehat2 dan regangkan badan dia yang asyik rasa sengal2 tu. and then...bawa ibu pergi spa..and do all those girly thing. shopping sudah tentu la kan. and aku kena sediakan sebuah bilik besar untuk simpan semua baju2 and koleksi tudung ibu.
untuk adik2 aku...
aku nak sediakan peluang kerja untuk adik2 aku. bukan senang nak senang kalau setakat kerja dengan orang, makan gaji. aku nak diorang manage sendiri business diorang and make their own money. untuk ila, maybe beauty saloon or butik. untuk nazrin, bengkel motor sendiri.
untuk aku?
membuat semua orang yang aku sayang adalah kebahagiaan untuk aku. terutamanya ibu dan ayah.
kalau aku dah kaya nanti, hopefully aku tak lupa diri dan dapat tunaikan semua impian yang aku dah catat untuk kali ni. insyaAllah, Allah lebih tahu apa yang terbaik. kalau aku tak dapat jadi kaya dekat dunia ni, aku harap aku cukup senang di akhirat sana.
Semoga tercapai sayangku yang comel! All the best! :*
ReplyDelete