Thursday, September 11, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 11 - Kenangan LUCU zaman kanak-kanak

aku tak pernah sedar zaman kanak-kanak aku agak awesome sehinggalah aku tersepit dalam kehidupan yang sentiasa berselang- seli dengan masalah-masalah orang dewasa bila dah melangkah ke universiti.

banyak sangat kenangan yang best tapi yang paling lucu? paling paling lucu???

masa tu aku darjah satu. kelas aku yang paling dekat sekali dengan toilet. kawan-kawan kelas selalu cerita dalam tandas perempuan ada hantu sebab ada kawan aku punya kawan, punya kawan, dan punya kawan lagi satu tu cakap dia pernah nampak darah dekat dalam tandas. kami pun dok terbayang la ada hantu pontianak yang dah gigit dan hisap darah orang dalam tandas tu. ada macam2 rumours...kononnya ada budak perempuan yang pernah hilang dalam tandas tu sebab kena sorok hantu kopek. haha! bila kami dapat tahu kisah2 seram macam tu bertambah takut la nak pergi tandas tu. 

suatu hari, kami ramai2 satu kelas buat 'rombongan' pergi tandas perempuan tu..termasuk lah budak lelaki sekali. kononnya nak buat macam ala-ala penjejak hantu gituuu...masa tu hujan. masing-masing tolak menolak masa nak masuk dalam tandas tu. walaupun takut-takut tapi kaki terus melangkah masuk. tiba-tiba ada bunyi petir kuat sangat. apa lagi...semua menjerit and lari macam kena kejar hantu! berlari balik ke kelas semula. lepas tu semua gelak-gelak and ada juga yang make up story kononnya nampak ada lembaga kejar masa kitorang berlari tu. sumpah lawak sangat sebab masing2 taksub giler dengan kisah-kisah hantu.

bila dah besar, aku faham rasional disebalik kisah2 misteri yang berlaku pada masa tu. 

darah dalam toilet tu bukan la darah mangsa pontianak...tapi mungkin darah budak2 perempuan yang baru datang haid and tak pandai lagi nak uruskan hal-hal kebersihan masa period.

and lembaga yang budak kelas aku nampak tu sebenarnya mungkin hanya bayang-bayang sendiri yang nampak lebih besar sebab cahaya datang dari luar tandas. 

bila difikir-fikir balik. perkara sama juga berulang-ulang berlaku dalam hidup kita tak kira la dalam fasa kanak-kanak, remaja, dewasa atau mungkin bila dah tua nanti. kita suka dengar cakap2 orang dan tak selalunya faham apa sebenarnya yang berlaku. but then, bila dah semakin matang, kita mula belajar dan akhirnya faham apa yang terjadi sebenarnya. akhirnya, gelak sorang-sorang mengenangkan kelakuan masa lalu.

6 comments:

  1. Dok bace oepagi gini serun jugak....hahahahahaha.....
    www.armilastyle.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. seronok sangat bila kenang zaman kecik2.... :)

    ReplyDelete
  3. hehehe.. ingat lagi eh kenangan zaman kanak2.

    CABARAN HARI KE-11

    ReplyDelete
  4. ini entry pertama aku gelak.
    sudah baca 4 blog sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. menariknye penulisan awak..gud luck ek

    ReplyDelete